PROGRAM BUDAYA KORPORAT PDF Print E-mail

PENERANGAN LOGO

LATAR BELAKANG PUTIH

Melambangkan kebersihan, keikhlasan dan kesungguhan anggota Kementerian Kesihatan Malaysia semasa menjalankan tugas.

HATI BERWARNA MERAH

Melambangkan semangat dan komitmen anggota Kementerian Kesihatan Malaysia untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.

TANGAN

Melambangkan keihlasan dan kesediaan untuk membantu.

SENTUHAN DI HATI

Melambangkan kelembutan, kemesraan dan keprihatinan semasa menjalankan tugas.

MOTO – “Kami Sedia Membantu”

Kami - Semua anggota Kementerian Kesihatan Malaysia bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat yang sama.

Sedia - Sentiasa bersiap sedia untuk memberi perkhidmatan secara profesional.

Membantu - Ikhlas semasa memberi bantuan dan menjalankan tugas.

Y.B Dato' Sri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan Malaysia telah melancarkan Kempen Budaya pada 23 Februari 2009 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Dalam majlis tersebut beliau telah memberikan semangat baru kepada budaya korporat yang telah dilancarkan pada tahun 1991. Kempen ini memperkenalkan visi dan misi Kementerian Kesihatan Malaysia yang lebih relevan dan mudah difahami oleh segenap anggota kementerian Kesihatan.Beliau juga beliau telah memperkenalkan logo dan lagu baru budaya korporat.

BUDAYA KORPORAT KKM


NILAI-NILAI TERAS

Penyayang

Kami komited untuk menerima pelanggan dengan sikap ramah mesra dan penuh perhatian. Kami bersedia memberi layanan dengan bersopan santun, responsif dan menghormati hak individu. Kami bertanggungjawab memberi perkhidmatan yang mesra pelanggan.

Profesionalisme

Kami komited untuk memberi perkhidmatan yang terbaik merangkumi etika dan taraf kerja yang dikehendaki serta prinsip anggota yang bertanggungjawab. Kami percaya dalam memberikan perkhidmatan cemerlang dan sentiasa bersedia memenuhi harapan masyarakat.

Kerja Berpasukan

Kami komited untuk bekerja sebagai satu pasukan dengan harmoni bagi mencapai matlamat yang sama.

JANJI KAMI

- Kami Sedia Membantu

- Kami Komited terhadap keperluan anda

Memastikan perkhidmatan yang adil, mesra, rasa hormat dan prihatin.

- Kami melaksanakan apa yang dirancang

Menjanjikan anda tahap profesionalisme yang tertinggi dalam segala urusan penyampaian perkhidmatan.

- Kami berdedikasi terhadap tugas

Bekerjasama untuk mengukuhkan produktiviti dan meningkatkan kecekapan.


KOMITMEN KAMI

- Kami komited memberikan perkhidmatan kepada setiap pesakit dengan penuh rasa kemesraan, kejujuran dan keikhlasan.

- Kami komited memberikan perkhidmatan yang efektif dengan bersikap profesional, tekun, mudah didekati dan bersopan santun.

- Kami komited bekerja sebagai satu pasukan untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan sentiasa efisien, efektif dan produktif.

 


IKRAR BUDAYA KORPORAT KKM

Bahawasanya kami, WARGA KERJA KKM, berikrar:

  • Memberi perkhidmatan yang terbaik, mesra dan profesional;
  • Memberi layanan secara saksama tanpa mengira pangkat, bangsa dan agama;
  • Bekerja sebagai satu pasukan yang efisien, efektif dan produktif;
  • Sedia membantu dengan ikhlas dan bertanggungjawab; serta
  • Komited untuk mencapai matlamat Kementerian.
Last Updated on Friday, 09 October 2020 23:32
 
 

SIRIM QAS International Sdn Bhd mengesahkan bahawa  PEJABAT KESIHATAN DAERAH KOTA TINGGI, Johor Telah Mendapat Persijilan Sistem Pengurusan Kualiti Yang Menepati ISO 9001:2015 QUALITY MANAGEMENT SYSTEMS – Requirements Tarikh Dikeluarkan : 29 Ogos 2019 – 19 Ogos 2021 No. Pensijilan : QMS 02055