KK TANJUNG SEDILI PDF Print E-mail

 

Tanjung Sedili ialah sebuah kawasan di daerah Kota TinggiJohorMalaysia. Terletak di muara Sungai Sedili di pinggir Laut China Selatan, kira-kira 40 kilometer dari Bandar Kota Tinggi, kawasan ini dibahagikan kepada tiga kawasan utama, iaitu Tanjung Sedili, Sedili Besar dan Sedili Kecil.

Kampung ini ialah tanah kelahiran Sasterawan Negara Allahyarham Dato Dr Usman Awang, serta Allahyarhamah Rosiah Chik, penyanyi lagu asli negara yang terkenal.

 

Sejarah

Mengikut pendapat orang lama, asal-usul nama Tanjung Sedili yang dibuka pada tahun 1937 adalah sempena mengambil nama seorang penduduk awal iaitu Deli yang berasal dari Siam. Pada masa yang sama ada seorang Cina bernama Pongsai yang menetap dan menjadi peniaga di tempat tersebut. Suatu hari, Deli jatuh sakit dan penduduk bertanya sesama mereka yang berbunyi "Tak tengok si Deli ke?" dan akhirnya perkataan ini dikenali dengan Sedili. Pada masa itu, perkataan pelat Pongsai juga menyebabkan Kuala Sedili mendapat nama.

Penghulu pertama pada masa itu ialah Wan Muda yang berasal dari Sungai Rengit berketurunan Mengkabal dan pada masa yang sama mereka adalah pelopor kepada kawasan Tanjung Sedili ini. Pengganti kepada Wan Muda ialah Penghulu Md. Akhir Bin Kahar yang dilantik oleh Sultan Johor dan kemudiannya digantikan dengan Penghulu Hj. Md. Lazim Bin Md. Akhir disebabkan oleh keuzuran.

Mengikut pendapat yang kedua pula, asal-usul nama Tanjung Sedili berasal daripada dua orang adik-beradik yang berasal dari Pahang iaitu Ali Besar dan Ali Kechil. Mengkikut cerita, kedua-dua mereka telah bergaduh dan membawa haluan masing-masing. Ali Besar telah berpindah ke Sedili Besar dan Ali Kechil pula telah berpindah ke Sedili Kecil. Maka, disebabkan oleh adik-beradik inilah terciptanya nama Sedili Besar dan Sedili Kecil.

Mengikut cerita orang tua-tua, pada asalnya kampung ini dinamakan Tanjung Lembu yang mana ia telah dibuka dan mula diterokai oleh beberapa orang yang tidak dikenali asal-usul mereka. Mereka menetap di bahagian tanjung dan menjalankan aktiviti penternakan lembu selain menjadi nelayan. Disebabkan ternakan lembu tersebut mula membiak dan terus bertambah bilangannya, maka mereka terus menetap dan menamakannya sebagai Tanjung Lembu. Ketua Kampung yang dilantik secara rasmi ialah Mohd Salleh Bin Mohamad dan digantikan oleh Syed Salim Bin Omar. Selepas tamat tempoh memegang jawatan tersebut beliau digantikan oleh Hj. Esa Bin Abdullah mulai tahun 80-an. Pada masa kepimpinan beliau, nama Tanjung Lembu telah ditukarkan kepada Tanjung Sedili secara rasminya. Bermula dari pertengahan tahun 90-an sehingga kini, Ketua Kampung Tanjung Sedili ialah Tuan Haji Ibrahim Bin Yahya.

 

Penduduk

Penduduk majoritinya adalah terdiri daripada bangsa Melayu. Terdapat sedikit penduduk yang terdiri daripada bangsa Cina dan India. Walau bagaimanapun, sebahagian golongan India di sini terdiri daripada India Muslim

Keunikan budaya yang boleh dilihat di Tanjung Sedili adalah gabungan budaya orang Melayu Johor dan orang Melayu Terengganu yang berhijrah sebagai nelayan ke Tanjung Sedili dari zaman sebelum merdeka lagi.

Ciri-ciri ini boleh dilihat dengan pelbagai makanan dari Terengganu seperti perusahaan keropok ikan, nasi dagang dan laksam telah menjadi sajian pilihan masyarakat setempat. Namun demikian, masyarakat setempat masih tidak melupakan ciri-ciri asli masyarakat Melayu Johor yang amat menggemari masakan asam pedas dan laksa johor.

 

Petempatan

Kampung

Tanjung Sedili

  1. Pekan Tanjung Sedili
  2. Kampung Sri Gading
  3. Kampung Sungai Tuan Seth
  4. Kampung Teluk Jeri Luar/Dalam
  5. Taman Sedili
  6. Kampung Tanah Putih
  7. Kampung Sentosa
  8. Kampung Singapura
  9. Kampung Padang
  10. Kampung Teluk
  11. Kampong Hutan Lesong
  12. Kampung Simpang
  13. Kampung Prepat
  14. Kampung Tenggaham
  15. Kampung Air Gemuruh
  16. Kampung Gembut Luar/Dalam
  17. Kampung Sayang
  18. Felda Tenggaroh Selatan
Last Updated on Sunday, 22 December 2019 08:57
 
 

SIRIM QAS International Sdn Bhd mengesahkan bahawa  PEJABAT KESIHATAN DAERAH KOTA TINGGI, Johor Telah Mendapat Persijilan Sistem Pengurusan Kualiti Yang Menepati ISO 9001:2015 QUALITY MANAGEMENT SYSTEMS – Requirements Tarikh Dikeluarkan : 29 Ogos 2019 – 19 Ogos 2021 No. Pensijilan : QMS 02055