
KLINIK KESIHATAN AIR TAWAR 2 |
81900 Kota Tinggi |
Johor |
No Tel : 07-8932207 |
Sejarah Penubuhan Klinik ini dahulunya dikenali dengan nama Rumah Bidan Air Tawar. Projek siap dibina pada Oktober 1973 dan diambil oleh pihak Pejabat Kesihatan Kota Tinggi pada 01.08.1974. Kemudian pada 21.04.1980 pihak Lembaga kemajuan Tanah Persekutuan telah bersetuju untuk membuat Pusat Kesihatan Felda Air Tawar 2 dengan memberikan seluas 8 ekar tanah untuk pusat kesihatan tersebut. Majlis dialog dimulakan pada 8.3.1980 yang turut dihadiri Ketua Peneroka Felda Negeri Johor. Menteri Kemajuan Tanah & Kemajuan Wilayah, Timbalah Pengarah Besar Felda yang mana keputusan mesyuarat bersetuju Pusat Kesihatan dibuat di felda tersebut. Walaubagaimanapun Projek RMK-4 itu tertangguh kerana tiada peruntukan yang mencukupi dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Kemudiannya mesyuarat pembinaan Pusat Kesihatan disambung semula pada 12.08.1986 dan hasilnya projek dimulakan pada 3.5.1989 dan siap dibina pada 18.3.1996 dengan anggaran kos RM 450,000.00
Kini Pusat Kesihatan Air Tawar 2 di kenali dengan nama Klinik Kesihatan Air Tawar 2. Terdapat banyak perubahan telah dibuat di klinik ini termasuk menaiktaraf pembangunan. Jumlah keseluruahan pegawai yang bertugas di klinik ini ialah seramai 32 orang yang terdiri daripada pelbagai jawatan. Pegawai Perubatan yang menjaga klinik ini ialah Dr Dewi Juliana bt Mohd Namsah dan Ketua Jururawat nya ialah Norhashikin bt Mohd Zain.
Perkhidmatan yang diberikan di klinik ini ialah Unit Kecemasan, Unit Pesakit Luar , Jabatan Farmasi , Klinik Ibu & Anak, Unit Fisioterapi.
|
Last Updated on Monday, 07 September 2015 15:52 |