KK WAHA PDF Print E-mail

LATAR BELAKANG KLINIK KESIHATAN BUKIT WAHA

Klinik  Kesihatan  Waha  merupakan  salah satu  Klinik Kesihatan  di dalam  daerah  Kota  Tinggi  yang  terletak  di  dalam  Mukim  Tg Sedili .Mula  beroperasi  pada  1 Mei 1986, dalam  kawasan   seluas  4.5 hektar  persegi.  Lokasi klinik  berada  di antara Felda Bukit Waha, Felda Simpang Waha dan Felda Bukit Easter. Pada asalnya hanya 6 orang kakitangan sahaja  yang    bertugas disini dengan   memberi Perkhidmatan   kepada  kira-kira 10,000 orang   penduduk   dan  perkhidmatan  tertumpu  kepada perkhidmatan kesihatan untuk pesakit luar dan perkhidmatan ibu dan anak.

Dengan adanya pertambahan perkhidmatan maka kakitangan juga telah bertambah kepada  21 orang.     Klinik Pergigian juga terdapat disini dimana semua masyarakat  setempat boleh mendapatkan rawatan pergigian pada setiap hari Selasa minggu kedua yang dikendalikan  oleh Klinik Pergigian Kota Tinggi.

Jarak klinik Kesihatan Waha ke Hospital Kota Tinggi adalah kira-kira 33 km dan ke Pejabat Kesihatan Kota Tinggi adalah 34 km. Kemudahan insfrastruktur yang baik telah lama di wujudkan iaitu jalan raya yang selesa  dimana  kebanyakan kes-kes yang dirujuk akan sampai ke hospital  Kota Tinggi dalam masa 25 minit – 30 minit. Pada tahun 2011 , bermula era baru dimana Lebuhraya Desaru telah beroperasi sepenuhnya . Ini memudahkan lagi penduduk sekitar untuk ke Pasir Gudang dalam masa 25 minit sahaja berbanding sebelum ini memakan masa 2 jam kerana jaraknya yang jauh serta kesesakan jalanraya. Manakala perjalanan ke Hospital Sultan Ismail Johor Bahru pula hanya memakan masa 1 jam berbanding hampir 2 jam sebelum ini. Dengan adanya kemudahan infrastruktur yang banyak memberi kemudahan serta keselesaan kepada penduduk setempat maka produktiviti dapat di tingkatkan selaras dengan derasnya arus pembangunan  serta globalisasi.

Selain itu dari aktiviti-aktiviti kemasyarakatan juga telah diambil  perhatian dengan kewujudan Panel Penasihat Kesihatan yang bertindak  sebagai penghubung kepada masyakat setempat dalam menjalankan aktiviti kesihatan  seperti senam robik, kempen kesihatan , gotong-royong serta perlancaran program kesihatan.

KAWASAN OPERASI

Kawasan operasi Klinik Kesihatan Waha terdiri dari :

  • ·         Felda Bukit Waha.
  • ·         Felda Simpang Waha
  • ·         Felda Bukit Easter.

KLINIK DESA DI BAWAH KAWASAN OPERASI KK WAHA

  • ·         Klinik Desa Fellda Aping Barat.
  • ·         Klinik Desa Felda Aping Timur.

KLINIK DESA FELDA APING TIMUR

Klinik Desa Felda Aping Timur mula beroperasi pada tahun  1975 dan mendapat bangunan baru pada April 2000. Terletak 15 km dari Klinik Kesihatan Waha dan 16 km dari Hospital Kota Tinggi. Pada peringkat awal , Klinik Desa Felda Aping Timur dikendalikan oleh seorang Bidan terlatih sahaja, memandangkan beban kerja yang agak tinggi maka dua orang Jururawat Masyarakat telah di tempatkan di situ.

Klinik Desa Felda Aping Timur memberi perkhidmatan kepada semua penduduk di Felda Aping Timur terutama Kesihatan Ibu Dan Anak. Selain dari itu perkhidmatan pesakit luar dan klinik warga sihat juga di utamakan. Perkhidmatan yang disediakan telah memberi manfaat kepada kira-kira  2431 orang penduduk di Felda Aping Timur.

Selain dari itu pelbagai aktiviti kemasyarakatan juga telah di ambil perhatian dengan bantuan Panel Penasihat Kesihatan yang bertindak sebagai penghubung antara masyarakat setempat dengan pihak klinik. Ahli panel ini telah di beri perbagai latihan asas seperti cara pengambilan tekanan darah,RBS, berat , tinggi serta BMI. Mereka juga telah di beri pengetahuan tentang penyakit berjangkit dimana kebanyakanya  dilantik  sebagai Ahli Jawatan Kuasa untuk membantu kempen serta pencegahan rebakan penyakit seperti Denggi. Antara aktiviti yang dijalankan seperti senamrobik, 10000 langkah, kempen kesihatan, gotong royong serta membantu di kem kesihatan.

KLINIK DESA FELDA APING BARAT

Klinik Desa Felda Aping Barat mula beroperasi pada tahun 1977 dan mendapat bangunan baru pada April 2000. Terletak 16 km dari Klinik Kesihatan Waha dan 15 km dari Hospital Kota Tinggi. Pada peringkat awal , Klinik Desa Felda Aping Barat dikendalikan oleh seorang Bidan terlatih sahaja, memandangkan beban kerja yang agak tinggi maka dua orang Jururawat Masyarakat telah di tempatkan di situ.

Klinik Desa Felda Aping Barat memberi perkhidmatan kepada semua penduduk di Felda Aping Barat terutama Kesihatan Ibu Dan Anak. Selain dari itu perkhidmatan pesakit luar dan klinik warga sihat juga di utamakan. Perkhidmatan yang disediakan telah memberi manfaat kepada kira-kira 2313 orang penduduk di Felda Aping Barat.

Selain dari itu pelbagai aktiviti kemasyarakatan juga telah di ambil perhatian dengan bantuan Panel Penasihat Kesihatan yang bertindak sebagai penghubung antara masyarakat setempat dengan pihak klinik. Ahli panel ini telah di beri perbagai latihan asas seperti cara pengambilan tekanan darah, RBS, berat , tinggi serta BMI. Mereka juga telah di beri pengetahuan tentang penyakit berjangkit dimana kebanyakanya  dilantik  sebagai Ahli Jawatan Kuasa untuk membantu kempen serta pencegahan rebakan penyakit seperti Denggi. Antara aktiviti yang dijalankan seperti senamrobik, 10000 langkah, kempen kesihatan, gotong royong serta membantu di kem kesihatan.

Last Updated on Tuesday, 09 January 2018 11:38
 
 

SIRIM QAS International Sdn Bhd mengesahkan bahawa  PEJABAT KESIHATAN DAERAH KOTA TINGGI, Johor Telah Mendapat Persijilan Sistem Pengurusan Kualiti Yang Menepati ISO 9001:2015 QUALITY MANAGEMENT SYSTEMS – Requirements Tarikh Dikeluarkan : 29 Ogos 2019 – 19 Ogos 2021 No. Pensijilan : QMS 02055