KK SEDILI BESAR PDF Print E-mail

SEJARAH PENUBUHAN KLINIK KESIHATAN SEDILI BESAR

Klinik ini dibina spada zaman pemerintahan British,iaitu sekitar tahun 1940an lagi. Dahulu klinik ini dinamakan Gudang Ubat Sedili Besar,kakitangan terdiri dari seorang Bidan terlatih,seorang Pembantu Perubatan dan seorang Attendan. Aktiviti yang dijalankan pada masa itu ialah Klinik pesakit Luar,ibu mengandung ,kanak-kanak dan kecemasan.

Oleh kerana pengangkutan darat tiada pada masa itu,segala urusan penghantaran pesakit kecemasan,bersalin dan pengambilan ubat-ubatan adalah melalui jalan air dengan menaiki bot nelayan dan mendarat di jeti Mawai lama iaitu 25KM dari klinik mengambil masa 3jam perjalanan. Tetapi pada tahun 1980an jalan darat dari Tanjung Sedili ke Kota Tinggi dapat digunakan iaitu sepanjang 40km. Maka segala urusan klinik dapat diteruskan dengan menggunakan bot Penambang yang disediakan yang mengambil masa selama 10 minit dari jeti Kuala Sedili Besar ke jeti Tanjung Sedili.

Semenjak tahun 2000,nama Gudang Ubat telah ditukarkan kepada Klinik Kesihatan Sedili Besar. Semenjak itu ia mengalami proses pembaik pulihan,iaitu bangunan yang dahulunya separuh batu dan separuh paapn telah dinaik taraf ke bangunan batu keseluruhannya. Selain mempunyai ciri-ciri sebuah klinik kesihatan,ia turut mengekalkan tapak bangunan yang asal dan uniknya,kuarters Bidan dan Pem.Perubatan masih bercantum bersebelahan dengan klinik sehingga kini.

Dengan kemajuan yang dicapai,pada tahun 2006 sebuah jambatan sepanjang 2km telah siap dibina yang menghubungkan Kuala Sedili dengan Tanjung Sedili. Dengan adanya jambatan ini segala urusan klinik dapat dilaksanakan dengan segera tanpa menggunakan bot penambang seperti sebelum ini. Jarak diantara Sedili Besar dengan Tanjung Sedili adalah 7KM yang mengambil masa hanya 10 minit perjalanan. Jarak ke Hospital Kota Tinggi pula adalah 40KM yang mengambil masa 40 minit perjalanan.

Kawasan operasi klinik merangkumi Kg Sedili Besar iaitu daripada Kg Tanjung,Kg Bukit,Kg Tengah,Kg Teluk Nyireh,Kg Temalah dan Kg Nelayan. Kampung yang berdekatan adalah Kg Semayong,Kg perpat,Kg teluk,Ldg Kambau. Dibawah KK Sedili Besar terdapat sebuah Klinik Desa iaitu Klinik Desa Tenggaroh Selatan 1.

Sehingga tahun 2007,selepas baikpulih yang drastik dijalankan,klinik ini telah berubah kepada sebuah bangunan yang dilengkapi dengan peralatan-peralatan perubatan yang baru dan canggih seperti mesin ECG,mesin TSB,Autoclave,Komputer dan lain-lain lagi serta dilengkapi dengan penghawa dingin di bilik rawatan. staf juga telah bertambah pada tahun 2009 iaitu Jururawat Terlatih,2 orang Jururawat Masyarakat,seorang Pen.Peg.Perubatan,seorang Pembantu Perawatan Kesihatan dan seorang Penolong Pegawai Farmasi.

Diantara kemudahan yang terdapat di Sedili Besar ini adalah seperti Sekolah Rendah 1 buah,Sekolah Agama 1 buah,Pondok Polis,Dewan serbaguna dan Masjid.

Pada Mac 2010 sekali lagi Klinik Kesihatan Sedili Besar dinaik tiraf dengan pembesaran ruang menunggu ,ruang A&E ,bilik Pegawai Perubatan & Farmasi . Dengan penambahbaikan  ini klinik dapat beroperasi dengan lebih cekap lagi dalam memberi khidmat kepada masyarakat.

Last Updated on Tuesday, 09 January 2018 11:55
 
 

SIRIM QAS International Sdn Bhd mengesahkan bahawa  PEJABAT KESIHATAN DAERAH KOTA TINGGI, Johor Telah Mendapat Persijilan Sistem Pengurusan Kualiti Yang Menepati ISO 9001:2015 QUALITY MANAGEMENT SYSTEMS – Requirements Tarikh Dikeluarkan : 29 Ogos 2019 – 19 Ogos 2021 No. Pensijilan : QMS 02055