
Klinik Kesihatan Bandar Penawar ini mula beroperasi sejak awal tahun 20an. Dahulu dikenali dengan nama Gudang Ubat. Klinik Kesihatan Bandar Penawar ini adalah gambar lama dimana klinik ini adalah sebuah rumah yang dijadikan klinik kesihatan Sementara.
Kini Klinik Kesihatan Bandar Penawar telah mula beroperasi sepenuhnya di tapak khas yang telah disediakan. Pembinaan klinik baru ini mengambil masa yang panjang dan kos yang tinggi. Di Klinik Kesihatan Bandar Penawar yang baru ini juga terdapat unit Pergigian yang terletak dibahagian atas. Perkhidmatan X-Ray juga terdapat di klinik ini.
Untuk makluman warga Bandar Penawar Klinik Kesihatan Bandar Penawar telah mula beroperasi di bangunan baru mulai 16 Februari 2014. Semoga perkhidmatan yang diberikan lebih baik dan dapat memberi keselesaan kepada semua penduduk.

Pada 14 Februari 2014 anggota klinik bersama ahli panel penasihat klinik telah menjalankan aktiviti gotong royong sempena perpindahan bangunan baru Klinik Kesihatan Bandar Penawar.



KLINIK KESIHATAN BANDAR PENAWAR |
No 5 Jalan Pembangunan |
Bandar Penawar |
81900 Kota Tinggi |
Johor |
No Tel : 07-8252455 |
|
Last Updated on Friday, 26 January 2018 16:12 |