HARI AIDS SEDUNIA PDF Print E-mail

Objektif sambutan

HIV disebarkan melalui hubungan terus melalui darah atau cecair badan yang mempunyai virus tersebut seperti darah, sperma, cecair vagina dan susu badan.

Oleh itu, jangkitan boleh berlaku melalui hubungan seks, pemindahan darah tercemar, cucukan jarum tercemar (sengaja atau tidak) atau dari ibu kepada anak semasa mengandung, kelahiran atau penyusuan badan.

Walaupun kini terdapat rawatan untuk HIV dan AIDS yang boleh memperlahankan perkembangan penyakit ini, vaksin atau ubat untuk menyembuhkan sepenuhnya penyakit ini masih belum dapat dihasilkan.

Pencegahan pula masih menjadi langkah pilihan utama untuk mengawal penyebaran HIV dan penularan AIDS.

Antara objektif utama sambutan Hari AIDS Sedunia adalah untuk memupuk kesedaran dalam masyarakat pelbagai peringkat mengenai keperluan memainkan peranan sebagai pemimpin di peringkat masing-masing dalam usaha untuk menangani pandemik AIDS.

Selain itu, ia juga bagi meningkatkan penglibatan dan sokongan pemimpin dan ketua masyarakat dalam aktiviti pencegahan dan kawalan HIV/AIDS di dalam dan luar negara.

Sambutan ini juga membantu mengingatkan para pemimpin terbabit mengenai janji-janji yang perlu ditunaikan dalam meningkatkan dan meneruskan usaha mengawal penularan HIV dan AIDS.

Bagaimanapun, sambutan Hari AIDS Sedunia setiap tahun tetap menekankan penglibatan orang ramai dan menggalakkan penyertaan anggota masyarakat supaya bersama-sama bertanggungjawab dalam usaha mencegah dan mengawal penyebaran penyakit HIV/AIDS.

Aktiviti sempena Sambutan Hari AIDS Sedunia

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dirancang sempena kempen sambutan Hari AIDS Sedunia tahun ini ialah:

  • Sambutan Hari AIDS Sedunia Peringkat Kebangsaan dan Negeri.
  • Seminar berkaitan Kepemimpinan di peringkat agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan individu dalam menangani HIV/AIDS.
  • Larian AIDS oleh Persatuan Pegawai Penerangan (Pelajaran Kesihatan) dengan kerjasama Kelab PROSTAR Malaysia.
  • Aktiviti pendidikan kesihatan di kemudahan kesihatan dan hospital kerajaan.
  • Aktiviti pendidikan kesihatan melalui media massa.
  • Makluman melalui laman web dan edaran bahan-bahan bercetak kepada orang ramai.

SAMBUTAN HARI AIDS SEDUNIA PERINGKAT PEJABAT KESIHATAN DAERAH KOTA TINGGI

Last Updated on Friday, 09 October 2020 23:36
 
 

SIRIM QAS International Sdn Bhd mengesahkan bahawa  PEJABAT KESIHATAN DAERAH KOTA TINGGI, Johor Telah Mendapat Persijilan Sistem Pengurusan Kualiti Yang Menepati ISO 9001:2015 QUALITY MANAGEMENT SYSTEMS – Requirements Tarikh Dikeluarkan : 29 Ogos 2019 – 19 Ogos 2021 No. Pensijilan : QMS 02055