KKIA PDF Print E-mail

KLINIK KESIHATAN IBU & ANAK KOTA TINGGI
Jalan Tun Habab

81900 Kota Tinggi, Johor

No Tel : 07-8832181

Pada awal penubuhan KKIA ini dikenali dengan nama Pusat Kesihatan Besar Kota Tinggi. Majlis Perasmian Pusat Kesihatan Besar Kota Tinggi ini dibuat pada 08.10.1970 Hari Khamis Jam 9.00 pagi dan telah dirasmikan oleh YB Menteri Kesihatan Malaysia Tan Sri sardon Bin Hj Jubir Al-Haj yang turut dihadiri Pengarah Kesihatan Negeri Johor.

Klinik Kesihatan Ibu & Anak Kota Tinggi telah mengalami banyak perubahan  pengubahsuaian dan naiktaraf pembangunan yang telah dibuat oleh Pegawai Kesihatan Daerah memandangkan jumlah kedatangan pesakit ke Klinik ini semakin meningkat dirasakan perlu klinik ini diperbesarkan dari masa ke semasa. Jumlah keseluruhan pegawai yang bertugas di Klinik ini seramai 60 orang yang terdiri daripada pelbagai kategori jawatan diantaranya ialah Pegawai Perubatan, Pegawai Farmasi, Penjelia Jururawat, Ketua Jururawat, Jururawat, Jururawat Masyarakat, Penolong Pegawai Farmasi, Pembantu Perawatan Kesihatan dan Pemandu

CARTA ORGANISASI

Klinik Kesihatan Ibu & Anak juga telah mendapat persijilan semula MS ISO 9001:2008 daripaa pihak Sirik QAS International Sdn Bhd

Last Updated on Thursday, 03 September 2015 13:46
 
 

SIRIM QAS International Sdn Bhd mengesahkan bahawa  PEJABAT KESIHATAN DAERAH KOTA TINGGI, Johor Telah Mendapat Persijilan Sistem Pengurusan Kualiti Yang Menepati ISO 9001:2015 QUALITY MANAGEMENT SYSTEMS – Requirements Tarikh Dikeluarkan : 29 Ogos 2019 – 19 Ogos 2021 No. Pensijilan : QMS 02055