Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sebagaimana yang kita ketahui, covid19 gelombang ketiga sedang aktif di negara kita khususnya di negeri johor dan daerah Kota Tinggi.
Inisiatif kami di pejabat kesihatan daerah Kota Tinggi mewujudkan satu sistem yang di panggil QR CODE untuk membantu mengurangkan risiko jangkitan covid19 dari luar daerah/negeri ke daerah Kota Tinggi.
Objektif
QR Code diwujudkan untuk mengenalpasti jumlah orang dan yang merentas masuk/keluar dari daerah Kota Tinggi
Kumpulan Sasaran
Kesemua orang yang merentas terutama yang membawa kenderaan berat seperti lori, bas dan sebagainya
Kategori
QR code mengandungi 2 kategori iaitu Kategori A (sejarah perjalanan baru pulang daerah/negeri zon merah, risiko jangkitan, kontak rapat) dan Kategori B (gejala)
|
Last Updated on Thursday, 03 December 2020 15:42 |