Utusan Pegawai Kesihatan Daerah PDF Print E-mail

Sekilas Kata

Dr. Roslinda Binti A. Rahman

Assalamualikum, Salam Sejahtera & Salam Muafakat Johor, بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Saya mewakili seluruh warga Pejabat Kesihatan Kota Tinggi berbesar hati dan mengalu-alukan tuan puan melayari Portal Rasmi Pejabat Kesihatan Kota Tinggi ini bagi mendapatkan maklumat-maklumat terkini berkaitan jabatan kami mahupun aktiviti yang berkaitan dengannya.

Sebagai sebuah Jabatan Kesihatan, menjadi tanggungjawab kami dalam menyebarkan berita berkaitan kesihatan kepada awam sesuai dengan motto Kementerian Kesihatan iaitu KAMI SEDIA MEMBANTU sesuai dengan percambahan teknologi dengan dunia tanpa sempadan, Portal jabatan ini adalah satu alat dalam menyebarkan berita terkini perkembangan semasa penularan sesuatu wabak penyakit berjangkit, wabak-wabak , serta cara-cara pencegahan sesuatu wabak serta mempromosikan kempen-kempen kesihatan.

Diharapkan juga dengan kewujudkan portal ini menjadi salah satu media komunikasi dikalangan warga PKD Kota Tinggi dalam berkongsi maklumat dan pengetahuan dalam melaksakan kerja seharian. Berita semasa dalaman juga boleh disalurkan dengan cepat dan berkesan kepada Penjawat Awam pada keseluruhannya.

Akhir kata saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan terima kasih kepada unit yang telah bertanggungjawab merealisasikan hasrat ini.

Terima Kasih

Last Updated on Wednesday, 20 January 2021 16:27
 
 

SIRIM QAS International Sdn Bhd mengesahkan bahawa  PEJABAT KESIHATAN DAERAH KOTA TINGGI, Johor Telah Mendapat Persijilan Sistem Pengurusan Kualiti Yang Menepati ISO 9001:2015 QUALITY MANAGEMENT SYSTEMS – Requirements Tarikh Dikeluarkan : 29 Ogos 2019 – 19 Ogos 2021 No. Pensijilan : QMS 02055