PERMOHONAN LAPORAN PERUBATAN DAN BAYARAN
JADUAL 1 : Jenis Laporan dan bayaran
Jenis Laporan
|
Caj Bayaran
|
Disediakan oleh
|
Warganegara
|
*Warga Asing
|
Laporan perubatan Biasa
|
RM40.00
|
RM120.00
|
Pegawai Perubatan
|
Laporan perubatan biasa (ringkas pakar)
|
RM80.00
|
RM240.00
|
Pakar
|
Laporan salinan kali kedua dari laporan asal
|
50% dari kadar caj asal
|
Pegawai Perubatan/Pakar
|
Laporan Penyediaan semula
|
Bayaran mengikut caj asal/penuh
|
Pegawai Perubatan/pakar
|
Laporan Penjelasan/pembetulan
|
Percuma
|
Pegawai Perubatan/Pakar
|
** Laporan Perubatan oleh Pihak Polis/ Jabatan Kerajaan/ JKM/Biro bantuan Guaman/ Borang BAT F117(tentera)
|
Percuma
|
|
Pegawai perubatan/Pakar
|
|
|
|
|
|
Caj bayaran laporan perubatan bagi warga asing adalah dua kali ganda
** Pengecualian bayaran tidak terpakai untuk tujuan insuran dan pengeluaran KWSP
DOKUMEN PERMOHONAN
Sila rujuk dokumen di bawah yang diperlukan semasa mengemukakan permohonan laporan perubatan/ laporan bedah siasat
PESAKIT (sendiri)
|
Surat Keizinan asal dari pesakit
Salinan Kad Pengenalan @ Pasport pesakit
- Salinan kad rawatan pesakit (berkaitan)
- Bayaran (mengikut Jenis Permohonan)
- Borang berkaitan (mengikut tujuan permohonan)
- Lain-lain dokumen (berkaitan dengan permohonan/rawatan)
|
IBU / BAPA / PENJAGA ( Pesakit berumur di bawah 18 tahun)
|
- Surat keizinan asal dari ibu / bapa / penjaga yang sah
- Salinan sijil kelahiran pesakit
- Salinan kad pengenalan pesakit @ passport pesakit
- Salinan kad pengenalan @ passport ibu / bapa / penjaga yang sah
- Salinan kad rawatan pesakit (Berkaitan)
- Surat akuan sumpah (berkaitan)
- Bayaran (mengikut tujuan permohonan)
- Borang berkaitan (mengikut tujuan permohonan
- Lain-lain dokumen (berkaitan dengan permohonan/rawatan)
|
WARIS (suami/isteri/ anak/ adik beradik / ibu/ bapa)
(Bagi pesakit yang telah meninggal dunia)
|
- Surat keizinan asal dari waris yang sah
- Salinan sijil kelahiran @ kad pengenalan @ passport si mati
- Salinan sijil kelahiran @ kad pengenalan @ passport waris yang sah
- Salinan sijil kematian @ permit kubur si mati
- Salinan kad rawatan si mati (berkaitan)
- Salinan sijil nikah@ surat akuan sumpah waris yang sah (berkaitan)
- Bayaran (mengikut jenis permohonan)
- Borang berkaitan (mengikut tujuan permohonan)
- Lain-lain dokumen (berkaitan dengan permohonan/rawatan
|
WAKIL / AGEN (Insuran / Peguam dan lain-lain)
|
- Surat keizinan asal dari pesakit / waris yang sah
- Surat keizinan asal dari kedutaan pesakit / si mati
- Surat keizinan wakil untuk mendapatkan laporan perubatan
- Lain-lain dokumen yang merujuk kepada status berikut :
i. Pesakit
ii. Ibu / Bapa / Penjaga
iii. Waris
|
Pengecualian surat keizinan dan bayaran adalah terpakai bagi agensi yang telah diberi kuasa di bawah peruntukan undang-undang untuk tujuan siasatan seperti :
i. Polis Di Raja Malaysia
ii. Mahkamah
iii. Mana-mana agensi yang telah diberi kuasa di bawah peruntukan undang-undang untuk mendapatkan laporan perubatan seseorang pesakit.
|
Surat pekeliling Bahagian Kewangan Bil. 1 tahun 2014 – Garispanduan Perlaksanaan Perintah fi ( Perubatan)(Kos Perkhidmatan) 2014
Surat Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia Bil 8 tahun 2015
Garispanduan Penyediaan Laporan Perubatan KKM (Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil 16/2010 – MOH/P/PAK/201.10(GU)
|
Last Updated on Tuesday, 27 October 2020 10:34 |