Induk EKSA PDF Print E-mail

TUJUAN

Panduan ini disediakan sebagai rujukan kepada semua warga dan zon Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di PEJABAT KESIHATAN DAERAH KOTA TINGGI dalam melaksanakan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Melalui panduan ini, diperjelaskan konsep EKSA, elemen-elemen baharu yang diperkenalkan oleh pihak MAMPU dan kaedah pelaksanaan EKSA di PEJABAT KESIHATAN DAERAH KOTA TINGGI. Sebagai tambahan  panduan  ini  adalah sebagai  piawaian  tindakan  kebersihan, kekemasan dan keselamatan secara minima sahaja namun pemakaiannya adalah tertakluk kepada kesesuaian di peringkat zon.

EKSA sebagai kesinambungan dari Amalan 5S haruslah dilihat sebagai satu program yang menggalakkan semua zon di PKDKT agar lebih kreatif dan inovatif dalam usaha mewujudkan persekitaran kerja yang sesuai dan mampu meningkatkan produktiviti serta kualiti penyampaian perkhidmatan. Melalui panduan ini diharapkan dapat memantapkan lagi pengurusan persekitaran pejabat sehingga semua warga PKDKT dapat bekerja dalam persekitaran tempat kerja yang sistematik, selesa dan kondusif.

Zon Eksa di Klinik Kesihatan dan Pejabat Kesihatan Kota Tinggi

BIL

TEMPAT

NAMA ZON

1

Klinik Kesihatan  Ibu  Dan Anak

Amethyst

2

Klinik Kesihatan Air Tawar 2

Olivine

3

Klinik Kesihatan  Bandar Mas

Topaz

4

Klinik Kesihatan Sening

Opal

5

Klinik Kesihatan Bandar Penawar

Amber

6

Klinik Kesihatan Pengerang

Zircon

7

Klinik Kesihatan Sungai Rengit

Emerald

8

Klinik Kesihatan Bayu Damai

Violet

9

Klinik Kesihatan Waha

Sapphire

10

Klinik Kesihatan Lok Heng

Capri

11

Klinik Kesihatan Tanjung Sedili

Ruby

12

Klinik Kesihatan Sedili Besar

Azore

13

Klinik Kesihatan Bukit Besar

Spinel

14

Klinik Kesihatan  Bandar Tenggara

Aquamarine

15

Klinik Kesihatan Air Tawar 5

Tourmaline

16

Pejabat Kesihatan Kota Tinggi

Turquoise

Last Updated on Monday, 05 November 2018 22:51
 
 

SIRIM QAS International Sdn Bhd mengesahkan bahawa  PEJABAT KESIHATAN DAERAH KOTA TINGGI, Johor Telah Mendapat Persijilan Sistem Pengurusan Kualiti Yang Menepati ISO 9001:2015 QUALITY MANAGEMENT SYSTEMS – Requirements Tarikh Dikeluarkan : 29 Ogos 2019 – 19 Ogos 2021 No. Pensijilan : QMS 02055