Latar Belakang PDF Print E-mail

Pejabat Kesihatan Kota Tinggi mula ditubuhkan dan beroperasi pada tahun 1952 dengan bertempat di bahagian Stor Hospital Kota Tinggi (yang sekarang ini) dengan diketuai oleh seorang Pegawai Kesihatan Daerah, seorang Inspektor Kesihatan Kanan dan 13 orang kakitangan sokongan. Perkhidmatan yang disediakan adalah Pengurusan Kesihatan Awam, Klinik Pesakit Luar yang berganding dengan Kesihatan Ibu Dan Anak serta Pentadbiran

Pada tahun 1961 Pusat Kesihatan Besar (PKB) ditubuhkan di kawasan KKIA sekarang ini yang meberikan perkhidmatan Pesakit Luar dan ibu hamil serta kanak-kanak. Pada tahun 1968 Pejabat Kesihatan Kota Tinggi yang semakin berkembang telah berpindah daripada Stor ke Wad Kelas 2 sekarang ini di Hospital Kota Tinggi dan jumlah kakitangan bertambah seiring dengan pertambahan skop perkhidmatan yang diberikan.

Lewat Tahun 60an dan awal tahun 70an perkhidmatan Kesihatan sekain berkembang dengan penubuhan Klinik Kesihatan Bukit Besar dan Diikuti dengan Klinik Kesihatan Tanjung Sedili. Pertambahan penduduk yang cepat ini berlaku kerana pembukaan rancangan felda yang membawa masuk ramai warga luar ke Kota Tinggi. Perkhidmatan pasukan bergerak bermula pda awal tahun 1970an

Pejabat Kesihatan Kota Tinggi berpindah ke tempat sekarang di Jalan Tun Habab pada Tahun 1976. Terletak 3km dari Bandar Kota Tinggi dan 2km dari Hospital Kota Tinggi. Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi dirasmikan penubuhannya pada tanggal 28hb Januari 1975. Upacara pembukaannya dirasmikan oleh YB Tan Sri Chong Hon Nyan PSM. JMN selaku Menteri Kesihatan Malaysia pada waktu itu.

Pada masa ini, Pejabat Kesihatan Kota Tinggi diketuai oleh Seorang Pegawai Kesihatan Daerah Gred UD54 dengan keanggotaan seramai 500-650 orang kakitangan. Perkhidmatan Kesihatan di daerah Kota Tinggi bermula dengan Program Jagaan Ibu Dan Anak yang berkembang pesat. Mulai tahun 1997, program-program 'expanded scope' dibawah saranan Kementerian Kesihatan malaysia telah dilaksanakan iaitu Program Kesihatan Warga Emas, Program kesihatan Mental, Program Kesihatan Remaja dan Pemulihan Dalam Komuniti. Sehingga kini banyak lagi program-program yang dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Kota Tinggi bagi membantu meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi memenuhi kehendak pelanggan.

Last Updated on Sunday, 08 December 2019 14:49
 
 

SIRIM QAS International Sdn Bhd mengesahkan bahawa  PEJABAT KESIHATAN DAERAH KOTA TINGGI, Johor Telah Mendapat Persijilan Sistem Pengurusan Kualiti Yang Menepati ISO 9001:2015 QUALITY MANAGEMENT SYSTEMS – Requirements Tarikh Dikeluarkan : 29 Ogos 2019 – 19 Ogos 2021 No. Pensijilan : QMS 02055